Dalam Mangkuk Tingkat

Hamba, Cik Serikendi... tuan rumah blog Mangkuk Tingkat ni...
Tuan-tuan dan puan-puan bolehlah panggil hamba dengan gelaran Cik Sri ataupun Seri... nak panggil Puan Sri pun boleh, apa salahnya 😆 chewah~ berangan pula kita.

Entri ini hamba karang sebagai sembah salam pengenalan kepada pengunjung-pengunjung yang sudi singgah ke teratak hamba. Terima kasihlah jadi tetamu kat teratak hamba yang serba kekurangan ni. Harapnya ada sesuatu yang manis-manis tuan-tuan dan puan-puan dapat dari apa yang saya kongsikan di sini nanti.

Hamba ni bukanlah siapa-siapa yang hebat. Cuma rakyat marhaen yang bergelandangan mencari makna sebenar kehidupan di muka bumi Allah ini. Kadang-kadang kita mengeluh juga dengan kos sara hidup sekarang. Duit minyak, makan, GST dan macam-macam lagi. Kadang tu pula pening kepala dengan perangai manusia sebangsa kita. Kalau kita kata kerajaan Malaysia sekarang ni zalim, hamba fikir itu cuma alasan. Padahal kita dah tahu, dunia ni adalah ujian. Allah tak cipta dunia ni sebagai tempat nak seronok-seronok pun.

Jadi mahu atau tidak kita kena kembali pada KONSEP KEHIDUPAN. Ramai di kalangan kita sebenarnya tak faham pun apa kejadahnya Konsep Kehidupan tu. Konsep Kehidupan ni macam manual kereta la. Tanpa manual, kita tak faham fungsi kereta. Kita mungkin tahu memandu kereta tapi kalau kereta kita rosak, tahu ke nak repair? Paling terror pun, mesti pergi cari pomen punyelah. Cuba kalau kita baca manual dan faham segala fungsi kereta kita, mesti kita tahu macam mana nak selesaikan masalah atau paling tidak pun kita boleh elak dari masalah kereta kita rosak kan. So, sama saja dengan hidup kita di dunia ni. Kita kena faham manual. Apa manual kehidupan manusia? Jawapannya Al- Quran.

Kita ni kadang tu baca Al-Quran sekadar baca sahaja. Fahamnya langsung idak. Lagi best bila Quran pun jarang nak diselak. Jadi janganlah bagi alasan atau nak salahkan Najib sebab naikkan harga petrol setiap bulan...opss~~~ hehehe... tu contoh saja. Jangan kecam hamba tau.

Tapi jangan salah faham ya, hamba ni bukan ustazah nak mengajar mengaji. Hamba cuma nak kongsi yang manis-manis saja. Kalau terbaca yang pahit-pahit tu, anggaplah pahit tu sebagai ubat, sebab kenyataan tu kadang-kadang memang pahit untuk ditelan.


Comments